Pages

Tuesday, May 21, 2013

Poem- The Smoke

The Smoke
Shouldn't be around me
Shouldn't be around the innocent child and old folks
For I care about my health
and others health
So please don't let the smoke arise
Enter your noble body
Cause I care of your health as well

Puisi- Meninggalkan Sang Dunia

Wahai Dunia,
Jika aku pergi meninggalkanmu,
janganlah kiranya kau gembira,
kerana tiadanya aku melakukan kejahatan,
biarlah kau bersedih
kerana tiadanya aku melakukan kebaikan.
.




sajak- lupa

Bila penyakit lupa semakin menguasai diri,
baru ku sedar usiaku semakin lanjut,
perjalanan sebuah kehidupan
semakin menghampiri destinasi terakhir




Wednesday, March 27, 2013

Manusia dan kebaikan

Hakikatnya, semua manusia mahukan yang terbaik untuk dirinya dan sekeliling.
Semua manusia mahu jadi baik, makan makanan yang terbaik, duduk di kawasan yang baik, cari pekerjaan yang terbaik, pakai pakaian yang terbaik..etc.

Tapi usaha dan pandangan setiap manusia itu berbeza-beza berdasarkan pengalaman dan ilmu masing-masing.

Hakikatnya, semua manusia sedang berjuang untuk dapat yang terbaik.
Dan kita sering MEMPERTIKAIKAN usaha orang lain yang mempunyai PENGALAMAN dan ILMU yang berbeza dengan kita. Dan kita harapkan mereka mempunyai usaha dan pandangan yang sama dengan kita.

Terimalah hakikat bahawa semua manusia berbeza. Dan kita dengan usaha kita, bukan sahaja untuk mendapat kebaikan tapi untuk menyebarkan kebaikan kepada makhluk lain.

Bukankah orang yang paling beriman itu adalah orang yang paling tinggi cintanya pada yang lain, samada orang itu dia kenal atau tidak.

Dan apabila dia cintakan yang lain, dia inginkan kebaikan pada orang lain sama seperti dia inginkan kebaikan pada dirinya. Tetapi bukanlah dengan cara mengeji, mengutuk dan mengumpat. Tegur dengan cara berhikmah dan berdoalah utk kebaikan yang lain.

Semoga semua kita terhindar daripada pandangan negatif dan hinaan pada makhluk lain.

Friday, March 8, 2013

doa mohon perlindungan dari syaitan

"Ya Allah, engkau telah mentakdirkan kepada kami, musuh yang amat arif kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak melihat mereka. Ya Allah, Engkau jadikanlah ia putus asa untuk menggoda kami seperti mana ia berputus asa daripada rahmatMU. Haramkanlah dia bagi kami sebagaimana engkau mengharamkannya daripada mendapat keampunanMU. Jauhkanlah darinya seperti mana Engkau jauhkan dia dari rahmatMU. Seseungguhnya Engkau berkuasa melakukan apa sahaja."
doa Muhammad bin Wasi'






Thursday, June 7, 2012

kata-kata best!

syarat masuk ke syurga, perlu hidup seperti ahli syurga, selalu beri salam, berkata dengan perkataan yang baik, penuhi diri dengan sifat-sifat mahmudah, hindari sifat mazmumah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...