Hakikatnya, semua manusia mahukan yang terbaik untuk dirinya dan sekeliling.
Semua manusia mahu jadi baik, makan makanan yang terbaik, duduk di
kawasan yang baik, cari pekerjaan yang terbaik, pakai pakaian yang
terbaik..etc.
Tapi usaha dan pandangan setiap manusia itu berbeza-beza berdasarkan pengalaman dan ilmu masing-masing.
Hakikatnya, semua manusia sedang berjuang untuk dapat yang terbaik.
Dan kita sering MEMPERTIKAIKAN usaha orang lain yang mempunyai
PENGALAMAN dan ILMU yang berbeza dengan kita. Dan kita harapkan mereka
mempunyai usaha dan pandangan yang sama dengan kita.
Terimalah
hakikat bahawa semua manusia berbeza. Dan kita dengan usaha kita, bukan
sahaja untuk mendapat kebaikan tapi untuk menyebarkan kebaikan kepada
makhluk lain.
Bukankah orang yang paling beriman itu adalah
orang yang paling tinggi cintanya pada yang lain, samada orang itu dia
kenal atau tidak.
Dan apabila dia cintakan yang lain, dia
inginkan kebaikan pada orang lain sama seperti dia inginkan kebaikan
pada dirinya. Tetapi bukanlah dengan cara mengeji, mengutuk dan
mengumpat. Tegur dengan cara berhikmah dan berdoalah utk kebaikan yang
lain.
Semoga semua kita terhindar daripada pandangan negatif dan hinaan pada makhluk lain.
No comments:
Post a Comment