Tuesday, May 18, 2010
dah solat?
GOLONGAN PENINGGAL SEMBAHYANG.
Keadaan manusia dalam perkara meninggalkan sembahyang ini terbahagi kepada beberapa golongan iaitu:
1-Golongan Yang Menolak Kefardhuannya:
>>Iaitu suatu golongan yang tidak menerima konsep kefardhuan sembahyang maka tempat kembali mereka adalah Neraka Saqar, di mana Allah S.W.T telah berfirman:
"Apakah yang menyebabkan kamu memasuki Neraka Saqar?"Mereka menjawab:"Dahulu(semasa di dunia) kami termasuk orang-orang yang tidak bersembahyang.
[Al-Muddaththir Ayat 42-43].
2-Golongan Yang Menerima Tapi Tidak Melaksanakannya:
>>Iaitu satu golongan di mana mereka menerimanya (tidak menentang perintah sembahyang) tetapi mereka tidaklah melaksanakannya. Maka balasannya ialah al-ghayy.
Dalam surah Maryam Ayat 59 Allah Taala telah berfirman bermaksud:
"Maka datanglah sesudah mereka pengganti (generasi) yang menyia-nyia (mengabai)kan sembahyang dan mengikutkan segala keinginan maka mereka kelak akan menemui keburukan (atau memasuki sebuah lembah di Neraka).
Al-Ghayy dalam Ayat suci ini, antara lain merupakan suatu lembah di neraka Jahannam atau sebuah telaga di Neraka. Di samping itu ade berpendapat Al-Ghayy itu ialah keburukan/kejahatan dan ada pula berkata kerugian.
3-Golongan Acuh tak Acuh(Bersahaja).
>>Iaitu satu golongan yang tidak memandang berat dan tidak pula mempedulikan sembahyang. Mereka (terkadang) melaksanakannya dalam waktunya atau melewatkannya,(berkeadaan) seperti orang yang bertungkus lumus dalam dunia (keduniaan menyebabkan mereka tidak bersembahyang sehingga) telah terkeluar waktu sembahyang sedang mereka tidak sedar.
Keadaan demikian berlaku secara berulang-ulang kepada mereka maka mereka bersembahyang sesudah keluar waktu tanpa mempedulikan (batas waktu) dan mereka tidaklah menyesal, seperti perangai orang berjaga malam di mana pada biasanya mereka tidak bersembahyang Subuh melainkan sesudah terbit matahari.
Maka mereka ini dan orang sepertinya tidaklah mengutamakan perintah sembahyang dan mereka tidaklah mempedulikannya maka untuk mereka adalah Wail, di mana Wail itu merupakan satu seksaan yang pedih.
U`baadah B. Ash-Shaamit r.a pernah berkata:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah memesaniku 7 perkara. Maka beliau bersabda:
Janganlah kamu menyekutui Allah dengan sesuatu sekalipun engkau dibunuh,dibakar atau dipalang dan janganlah kamu meninggalkan sembahyang secara sengaja.Siapa yang meninggalkannya secara sengaja maka sesungguhnya telah terkeluarlah dia daripada Agama(Islam).
Hadith Riwayat At-Tabaraani dan Muhammad B. Nashr.
Menurut Al-Mundziri Hasan:
Allah Ta`ala telah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh hartabenda kamu dan jangan (pula) oleh anak-pinak kamu dari mengingati Allah (bersembahyang) dan siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[Al-Munaafiquun Ayat 9].
Sekumpulan Tafsirwan berkata:
Maksud "Dzikr Allah" di sini ialah Sembahyang Lima Waktu. Maka siapa yang terganggu pelaksanaannya dengan sebab hatrabendanya seperti dek urusan jual-beli,perusahaannya atau anaknya maka mereka adalah tergolong daripada orang-orang yang rugi..
Balasan kepada Peninggal Sembahyang.
Seterusnya mengenai orang yang meringankan kewajipan sembahyang terdapat kenyataan dalam Al-Hadith sebagai berikut:
Dan siapa yang meringan-ringankan sembahyang, Allah akan mempengapakannya dengan 15 akibat iaitu:
-6 akibat semasa di dunia
-3 akibat di kala mati
-3 akibat dalam kubur
-3 akibat lagi di kala keluar dari kubur.
Adapun 6 akibat yang ditimpakan di dunia:
1-Allah akan mencabut keberkatan pada umurnya.
2-Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang-orang yang soleh daripada airmukanya.
3-Setiap amalannya tidaklah diganjari Allah melainkan sehingga dia mengqadha'kan semua sembahyang yg terluput.
4-Allah tidak akan mengangkatkan permohonannya ke langit (doanya tidak diperkenan).
5-Orang ramai akan memarahinya semasa hidup di dunia.
6-Tiada lah dia akan memperolehi keberkatan doa orang-orang yang soleh.
3 akibat di kala mati:
1-Dia akan mati secara terhina
2-Dia akan mati secara lapar
3-Dia akan mati secara dahaga,meskipun dia diberi minum dengan seluruh air di lautan dunia nescaya tidaklah akan memuaskan dahaganya.
3 akibat di dalam kubur.
1-Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya menjadi berselisih.
2-Di atas kuburnya akan dinyalakan api yang baranya melompat (berjangkit) di waktu malam dan siang.
3-Dia akan diseksakan dalam kuburnya oleh ular yang dinamakan Asy-Syujaa` Al-Aqra di mana dua mata ular itu daripada api dan kuku-kukunya drp besi manakala panjang kukunya adalah sehari perjalanan.
Maka ular itu akan berkata,"Akulah Asy-Syujaa Al-Aqra` sedang suaranya seperti guruh yang menggegarkan dan dia akan berkata kepada si mati:
"Saya diarah tuhan saya untuk memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Zuhur dari waktu Zuhur sehingga masuknya waktu Asar;Dan saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Asar dari waktu Asar sehingga masuknya waktu Maghrib;Seterusnya Saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Isyak dari waktu Isyak sehingga masuknya waktu Fajar."
Maka setiap kali dia memukulnya satu pukulan akan terbenam ranaplah dia ke dalam bumi sejauh 70 hasta maka dia akan memasukkan kuku-kukunya ke bawah bumi dan dia akan mengeluarkannya semula, maka sentiasalah dia di bumi secara diseksakan sehingga Hari Kiamat.
Nauzubillah hi min zaalika.
3 akibat lagi semasa di Hari Kiamat:
1-Dia akan diseksakan Allah dengan cara dihelakan mukanya ke Neraka Jahannam.
2-Allah Ta`ala akan memandangnya dengan pandangan marah sewaktu dia dihisabkan maka akan gugurlah daging-daging mukanya.
3-Allah akan menghitungkan amalannya dengan hitungan (pengiraan,hisab) yang berat dan Allah akan mengeluarkan perintah membawanya ke Neraka sedangkan dia adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
Berdasarkan suatu riwayat yang lain:
Sesungguhnya peninggal sembahyang itu akan datang pada Hari Kiamat sedangkan pada mukanya tertulis tiga baris tulisan iaitu:
Pada Baris Yang Pertama:
Wahai orang yang menyia-nyia (mengabai)kan Hak Allah.
Pada Baris Yang Kedua:
Wahai orang yang dikhususkan kemarahan Allah.
Pada baris Yang ketiga:
Allah mengabaikan engkau sebagaimana engkau mengabaikan hak dunia semasa di dunia,maka berputus haraplah engkau di hari ini daripada Rahmat Allah.
[Rujukan: Kitab "Az-Zawaajir sususan Ibnu Hajar Al-Haithami].
Selanjutnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesungguhnya yang pertama dihitamkan di Hari Kiamat ialah:
Muka-muka peninggal sembahyang dan sesungguhnya di dalam Neraka Jahannam terdapat sebuah lembah dipanggil Lamlam.
Di dalamnya terdapat ular-ular di mana setiap ekor ular (ukurannya) sebesar leher unta panjangnya selama perjalanan sebulan akan menyegat peninggal sembahyang lantas bisa ular itu akan menggelegak dalam tubuhnya selama 70 tahun kemudian akan lebam-relailah daging-dagingnya.
[Rujukan: Kitab Qurrah Al-Uyuun susunan Abu Al-Laith As-Samarqandi dan Kitab Az-Zawaajir sususan Ibnu Hajar]..
enentu Keislaman Seseorang Hamba Allah.
Sembahyang adalah penentu keislaman seseorang sama ada dia benar-benar Islam dalam ertikata mengikut dan menyerah diri kepada Allah. Ini dapat diperhatikan dalam banyak Hadith yang menerangkan sebagai berikut:
1-Penghubung antara seseorang hamba Allah dengan SYIRIK dan KUFUR ialah meninggalkan sembahyang(pemisahnya adalah sembahyang).
[Hadith Riwayat Imam Ahmad,Ad-Daarimi,Muslim,Abu Dawud,At-Turmudzi, An-Nasaa`i,Ibnu Maajah dan Al-Qudhaa`i sumber Jaabir(Sahih). Al-Mundziri menganggapnya Hasan].
2-Tiadalah keimanan bagi orang yg tidak bersembahyang,sesungguhnya kedudukan sembahyang dalam Agama (Islam) itu adalah seperti kedudukan kepala bagi jasad.
[H.R At-Tabaraani drpd Sumber Ibnu Umar].
3-Siapa yang meninggalkan sembahyang secara sengaja maka sesungguhnya dia telah KUFUR secara terang-terangan.
[H.R At-Tabaraani dan Abu Nu`aim drp Sumber Anas].
4-Anas B. Malik r.a menyebutkan dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
'Penghubung antara seseorang hamba Allah dengan SYIRIK dan KEKUFURAN ialah meninggalkan sembahyang.Apabila dia meninggalkan sembahyang maka kufurlah dia.
[Hadith Riwayat Muhammad B. Nashr].
5-Islam itu (pada mula dilahirkan)bersahaja(belum bertiang) sedangkan tiang-tiang Agama (Islam) iaitu 3 perkara dan di atasnya lah diasaskan Islam.Siapa yang meninggalkan salah satu daripadanya maka dia menjadi KAFIR dan HALAL DARAHNYA.
3 Rukun awal itu adalah:
1-Pengakuan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah
2-Melakukan Sembahyang Lima Waktu
3-Berpuasa di Bulan Ramadhan.
[Hadith Riwayat Abu Ya`la dan Ad-Dailami daripada Sumber Abbas].
p/s- wallahua'lam.tiada panggilan sepenting panggilan ILAHI.jom solat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment