Sahabat yg baik ibrat cermin, kalau kita memerhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memberikan bayangan yang sesuai dgn apa yang dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia akan mencerminkan bagaimana peribadi kita yang sebenarnya..
cube cek ciri2 cermin kat bawah:
1)Lemah lembut
cermin tidak pernah berlaku kasar dan mencela, tapi ia akan tegur kotoran yang melekat pada tubuh kita dengan lembut, sehingga dengan spontan kita akan buang kotoran tersebut dan memperbaiki penampilan kita.2)Pandai menyimpan rahsia
watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapapun yang berdiri di hadapannya.
3)tidak pilih kasih
sesiapa sahaja yang berdiri di hadapannya tidak pernah ditolaknya baik orang itu orang yang cantik atau tak, kaya atau miskin.
4) setia setiap saat
cermin selalu siap dipakai bila2 masa.selalu setia menanti sesiapa yang akan bercemin dihadapannya dan dilakukan dengan penuh ikhlas.
5) sabar dan bersungguh sungguh
berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.
6) terus terang atau jujur
dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin, tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang becermin( yang huduh jadi cantik atau sebaliknya)
p/s- dedicated to my frens yg ade problems wif their frens..and me also..smg jd mcm cermin
p/s/s- abg min kirim salam..hahaha
p/s/s/s- smg kita menjdi salah satu cermin2 tersebut,Rasulullah s.a.w bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.;"Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. wajah mereka bercahaya dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada'. akan tetapi para nabi dan syuhada' merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata: " Ya Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu?" Beliau menjawab: "mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi kerana Allah."
No comments:
Post a Comment