Sahabat,
sejak pertama kali perkenalan kita,
banyak yang kita bualkan,
sesi taaruf seakan tidak cukup,
masihkah kamu mengingatinya,
sungguh,diri ini mengagumimu,
dan berharap akan lebih mengenalimu setelah itu.
Sahabat,
satu saja yang ingin diri ini luahkan,
yang terpendam dalam jiwa dan tak pernah diluahkan,
sesungguhnya, diri ini mencintaimu kerana Allah dan Rasul,
walaupun diri ini banyak kekurangan,
kadang-kadang terlupa untuk mendoakanmu,
namun jauh di sudut hati,
mengharapkan dirimu dan diriku sentiasa terpelihara,
dan lebih disayangiNYa,
supaya dengan itu,
kita dapat bertemu lagi di syurga,
dengan kegembiraan dan melupakan segala penat lelah
yang kita hadapi di dunia kini,
Tintaku ini untukmu,
moga ukhwah ini terpelihara,
kerna diriku menyayangimu=)
No comments:
Post a Comment