Pages

Sunday, October 30, 2011

artis,siapakah kamu?

siapakah sebenarnya kamu wahai artis?
hatiku berbisik sendiri
kala memenuhi jemputan
majlis perkahwinan salah seorang artis,
aku benar2 hairan,

artis mana pun kamu, korea, tempatan,asia, atau barat,
aku tertanya-tanya,
siapakah kamu2,
sehingga ramai yang memujamu,
meletakkan gambarmu sebagai dekstop background d laptop,
juga ada juga yang meletakkn di wallpaper handphone,
juga d dinding bilik,
juga terkini, di profile picture di facebook,
jika, berbual, isu2 semasa atau hangat-adalah tentangmu,
fesyen terkini yang kau gayakan, menjadi ikutan,
gambar2 di surat gambar, kebanyakannya gambarmu,
jika terjumpa atau terlihatmu, pasti ada yang ingin bergambar,
apa yang menyebabkan ramai memujamu,
benar aku hairan..

apakah sumbanganmu wahai artis?
sehingga melayakkanmu mendapat gelaran ternama,
sehingga melayakkanmu mendapat hadiah @ cenderahati dari peminat,
sehingga melayakkanmu dipanggil dan dipuja sedemikian rupa,
sehingga namamu menjadi bualan hangat..

apakah hanya kerana kau mendendangkan lagu yang melalaikan,
yang kau anggap menghiburkan,
menghilangkan resah di hati,
yang sebenarnya melekakan yang lain,
menangguhkan kerja yang sepatutnya dibuat,
menjauhkan diri dari kebenaran..

apakah hanya kerana kau pernah keluar TV,
menayangkan wajahmu yang dimekap,
atau mungkin wajahmu yang semulajadi cantik,
atau tubuhmu yang menawan,
atau hanya kerana tarianmu yang unik,
sehingga menjadi ikutan muda mudi aktif,

memang kau perlu dihormati,
sebagaimana hak seorang manusia,
seperti manusia lain juga,
perlu dihormati dan disayangi,
tapi tidak perlulah sehingga dipuja melebihi yang sepatutnya,
melebihi Yang Maha Pencipta,
melebihi Yang Memberi kau segala kenikmatan,
melebihi manusia agung yang mempunyai akhlak yang paling mulia,
melebihi yang lebih banyak memberi sumbangan,

bukannya aku menafikan sumbanganmu,
mungkin ada yang aku tidak tahu,
kerna aku jua tidak sebagusmu,
namun perasaan bimbang menguasai diri,
bila yang Sepatutnya dipuja, diingati dan Diagungkan,
dilupakan keranamu..

wallahua'lam,
betulkan kesilapanku..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...