kita bertemu dan berpisah hampir setiap hari,
rugilah jika bukan kerana Allah,
jika ada nasihat yang ingin kau sampaikan,
akulah orang yang ingin mendengarnya,
sampaikanlah walau satu ayat,
agar aku sedar
agar kau dapat mengingat kembali,
tujuan kita dihidupkan,
moga dengannya kita beroleh manfaat..
jika ada masalah yang ingin kau ceritakan,
aku jualah orang yang ingin mendengarkan,
agar dengan itu kau beroleh ketenangan,
bukan kerana kehadiranku,
tapi kerana kita bertemu dan berpisah keranaNya,
kerna Dia yang memegang hati kita,
hanya Dia yang yang boleh memberikan ketenangan.
wallahua'lam-
betulkan kesilapanku
jika ada masalah yang ingin kau ceritakan,
aku jualah orang yang ingin mendengarkan,
agar dengan itu kau beroleh ketenangan,
bukan kerana kehadiranku,
tapi kerana kita bertemu dan berpisah keranaNya,
kerna Dia yang memegang hati kita,
hanya Dia yang yang boleh memberikan ketenangan.
wallahua'lam-
betulkan kesilapanku
Dari Mu’adz bin Jabal ra. berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman, “Wajib untuk mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai karena Aku dan yang saling berkunjung karena Aku dan yang saling berkorban karena Aku.” (HR. Ahmad).
No comments:
Post a Comment