wahai lelaki,
kau hebat dan gagah,
jangan kau lemah dengan wanita,
kerna itu hanyalah godaan dunia,
fitnah terbesar akhir zaman,
padahal, jika kau kuat menahan godaan itu,
bidadari yang lebih cantik menunggumu di syurga,
kuatlah wahai lelaki,
JAGA pandangan matamu,
jadikan hatimu yang khusu' dan tawaduk,
sebagai perisai kelopak mata,
bukan mata yang tajam menjadi senjata utk menikam kelemahan hati..
hayatilah surah An-Nur ayat 30,
nescaya kau beroleh ketenangan..
wahai lelaki,
nescaya kau beroleh ketenangan..
wahai lelaki,
kau kuat dan tabah,
jangan kau lemah dengan rokok,
kerna ia berupaya menggelapkan hati,
mengurangkan amal kebaikan,
menjauhkanmu dari Penciptamu,
menjauhkanmu jua dari sunnah Kekasih Allah,
meningkatkan amarahmu,
merosakkan jasadmu,
mengganggu udara bersih manusia lain,
menerbangkan wang yang sepatutnya kau guna utk membantu yang lain,
padahal, jika kau kuat menahan godaan itu,
kebaikan yang banyak boleh kau lakukan,
membantu yang lebih memerlukan,
menyumbangkan pada aktiviti yang bermanfaat,
sunnah Rasulullah lebih kau hampiri,
ilmu yang banyak dapat kau fahami,
kesihatan yang baik utk beramal,
doa yg mudah termakbul,
sesungguhnya kita hanyalah hambaNYA,
bila2 masa nyawa akan dicabut,
rugila jika dunia yang Allah beri utk kita kutip amal kebaikan,
hanya diguna utk kutip keburukan..
maaf jika ku berkasar,
tapi ini hanyalah utk kebaikan dirimu,
jika dirimu mengerti,
kerna aku hanya manusia biasa,
yang cuba bersedia utk menghadapi perjalanan kematian,
yang amalku belum tentu cukup sebagai bekal,
dengan itu aku menggunakan peluang ini,
moga dengan pemergianku nanti,
masih ada yang bermanfaat utk ku tinggalkan..
wallahu'alam
betulkn kesalahanku
No comments:
Post a Comment