sebagai seorang muslimah yang sedang bercuti (cuti sem), saya pun menontonlah satu rancangan yang katanya(menurut info program).. mengetengahkan tentang fesyen muslimah. melihat sahaja pakaian pengacara program ini,(belum lagi tengok pengisiannya) terfikir sejenak, beginikah pandangan masyarakat sekarang tentang fesyen muslimah?
-rambut perlu tutup, badan perlu tutup, ketat takpe, nampak bentuk badan xpe, tangan(pergelangan ke siku) tak tutup pun takpe, tudung tak perlulah sampai tutup dada, kaki pun boleh nampak-
sungguh! ianya tidak sama seperti yang Islam ajar. tak perlulah saya menerang secara detail tentangnya. ramai ahli bijak pandai yang dah berusaha menerangkan kepada masyarakat bagaimana sepatutnya pakaian seorang muslimah, baik dari hebahan ceramah, blog, buku, etc. masyarakat sepatutnya membuka mata hati, maybe sesuatu ilmu itu dah sampai padanya, tapi tak cukup panjang untuk sampai ke dasar hatinya mungkin, yang membolehkan dia berfikir secara baik sebagaimana sepatutnya.
ketahuilah, Islam menetapkan pakaian kepada umatnya adalah untuk menjaga dirinya dan orang lain, supaya dirinya tidak diganggu, tidak diperlekehkan, tidak difitnah,, begitu juga untuk orang lain, supaya orang lain tidak terganggu dengan pakaiannya yang menghairahkan, supaya orang lain tidak berniat buat jahat padanya, supaya yang lain dapat menjaga hatinya. indah kan Islam?
ini baru sedikit yang saya perkatakan, banyak lagi hikmah yang mungkin tidak dapat saya dan tuan2 jangkau dalam kotak fikiran. sesungguhnya ia adalah arahan dari Pencipta kita yang mengetahui apa yang sebenarnya terbaik untuk kita.

ni adalah antara link blog yang boleh tuan2 baca untuk kepastian ilmu tentang pakaian muslimah,
1. http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/06/auratmu-aib-yang-wajib-ditutup.html
2.http://www.suhaibwebb.com/category/ummah/women/hijab-niqab/
1. http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/06/auratmu-aib-yang-wajib-ditutup.html
2.http://www.suhaibwebb.com/category/ummah/women/hijab-niqab/
3.http://genta-rasa.com/tag/aurat/
banyak lagi entry lain.. tapi xpelah. tuan2 boleh cari sendiri.. maklumat di hujung jari.=)
banyak lagi entry lain.. tapi xpelah. tuan2 boleh cari sendiri.. maklumat di hujung jari.=)
No comments:
Post a Comment